Kelas Matematik dan Kuiz Kahoot Matematik

28 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

27 Julai 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) Presint 9 Fasa 3 telah membuat kelas Matematik dan kuiz Kahoot Matemati. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang pelajar tahap 2 Sekolah Rendah iaitu 1 orang Lelaki dan 3 orang Perempuan. Kelas ini berlansung selama 2 jam bermula dari pukul 3 petang hingga 5 petang.

Tujuan @ Inti pati Utama kelas ini ialah :
• Memupuk atau mendedahkan cara belajar yang menyeronokkan dan tidak membosankan.
• Membantu para pelajar untuk lebih cakna dan peka serta lebih fokus demi memudahkan proses pembelajaran.

Kelas ini juga, pelajar diberi taklimat ringkas mengenai NADi serta fungsinya dan memberi penekanan bahawa pentingnya pembelajaran secara digital seiring arus kemodenan.
Kakitangan NADi Presint 9 Fasa 3 berbesar hati dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan semoga dengan intipati kelas ini dapat membantu para pelajar agar lebih cemerlang dalam setiap matapelajaran serta pembelajaran digital yang menyeronokkan serta tidak membosankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas